MODUL-MODUL LATIHAN

Program Latihan Pembangunan Perniagaan ini menumpukan kepada peningkatan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan (upscaling skills and business growth for existing SMEs) di bawah bimbingan KPDN.

Program/aktiviti latihan yang dirancang ini memfokuskan kepada inisiatif serta usaha bagi mengenalpasti potensi syarikat-syarikat khususnya dalam industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai produk untuk dikembangkan ke pasar raya besar asing di negara ini seperti Aeon Co., Aeon Big, Lotus’s, Giant, Lulu, pasar raya besar lain dan kedai serbaneka serta saluran pasaran peruncitan domestik yang lain dengan tema “Access to Retail”.

Bidang dan modul latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan menyokong kepada pelaksanaan Inisiatif Penembusan Produk Tempatan ke sektor peruncitan. Penglibatan penawaran dan penyertaan juga adalah khusus kepada PMKS yang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

PROGRAM PENERANGAN PROGRAM OBJEKTIF
Seminar Let’s Get Started With KPDN Program asas pengukuhan dan peningkatan kemahiran, pengetahuan serta pertumbuhan perniagaan bagi PMKS tempatan (upscaling skills, knowledge and business growth for SMEs). Menyediakan modul latihan dari segi pengurusan produktiviti dan kualiti perniagaan kepada PMKS tempatan khususnya bagi menembusi sektor peruncitan.
Kursus Access To Retail Program latihan mengkhususkan kepada prosedur dan syarat keperluan bagi menembusi pasar raya asing dan tempatan yang lebih luas seperti Aeon Big, Lotus’s, Giant, Lulu dan Mydin. Memberi kefahaman mengenai kriteria dan penetapan sasaran pasaran mengikut kesesuaian produk dan keperluan pengguna.
Kursus Building Story Brand via Online Program latihan berbentuk perkongsian mengenai kaedah dan bentuk pemasaran yang bersesuaian dengan produk menggunakan platform atas talian yang menepati ”low cost, high quality, easy access and reasonable deal approaches”. Mempertingkat produktiviti PMKS melalui pendedahan terhadap pemasaran secara atas talian, komunikasi berkesan serta brand advertising and awareness.
Kursus Profitable Growth Program latihan khusus mengenai penetapan kos bagi produk dan langkah-langkah meningkatkan keuntungan perniagaan melalui pelbagai platform. Mendedahkan peserta dengan tips and trick untuk mencapai peningkatan keuntungan yang memberansangkan.