MERANGSANG EKONOMI
Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan sekaligus membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
SEMANGAT PATRIOTISME
Menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan sekaligus meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
KESEDARAN
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk / barangan Malaysia yang juga setanding dengan barangan import.
MEMASAR PRODUK TEMPATAN
Membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan serta mempamerkan produk mereka kepada rakyat Malaysia sekaligus menarik minat orang ramai terhadap barangan tempatan.