PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK

Program Pembangunan Produk bertujuan untuk membangunkan produk yang berpotensi untuk dipromosi dan dipasarkan melalui pasar raya tempatan dan asing di dalam negara. Program ini turut membantu meningkatkan peratus (%) Stock Keeping Unit (SKU) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di dalam pasar raya besar asing di dalam negara selaras dengan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran di Malaysia (Pindaan 2020). Melalui program ini, produk-produk PKS mampu untuk bersaing dengan produk keluaran syarikat asing yang telah memasuki pasaran pasar raya tempatan dan asing di dalam negara. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kemahiran pengusaha PMKS untuk mengendali dan merancang proses pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar.