PENGENALAN ACCESS TO RETAIL

Program Access to Retail membantu usahawan-usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menembusi sektor peruncitan khususnya pasaran pasar raya besar asing dan tempatan. Inisiatif penembusan produk PMKS ke sektor peruncitan merangkumi beberapa program utama seperti transformasi pembungkusan produk, food sampling and merchandising serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan promosi dan pemasaran produk.

Program ini turut membantu meningkatkan peratusan (%) Stock Keeping Unit (SKU) produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di dalam Pasar Raya Besar Asing, antaranya di Giant, Lotus’s (sebelum ini dikenali sebagai Tesco), AEON Big, AEON Co. dan LuLu di dalam negara selaras dengan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran di Malaysia (Pindaan 2020).