KATEGORI PENYERTAAN
- Premis yang membawa konsep tradisional yang menjual barang keperluan harian pengguna.
- Kedai runcit biasanya menjual makanan mentah kering seperti beras dan tepung, serta pelbagai barangan keperluan rumah lain.
- Biasanya terdapat di setiap kampung atau taman perumahan.
- Kepelbagaian barang dijual dan kuantiti biasanya terhad.
- Tidak mempunyai rangkaian atau cawangan.
- Premis yang menjual barang keperluan harian seperti kedai runcit tetapi mempunyai konsep yang lebih moden berbanding dengan kedai runcit.
- Biasanya terletak di pekan-pekan kecil.
- Menjual barang yang lebih pelbagai berbanding kedai runcit.
- Tidak mempunyai rangkaian atau cawangan.
- Termasuk pasar mini yang mempunyai rangkaian dan tidak mempunyai rangkaian. Walau bagaimanapun, penganugerahan kepada pasar mini yang mempunyai rangkaian adalah khusus kepada outlet yang memenuhi kelayakan sahaja dan bukan kepada keseluruhan rangkaian.
- Stor besar yang menjual barang keperluan, bahan mentah dan barang kering yang membawa konsep bayar dan bawa (cash and carry).
- Biasanya merangkumi bahagian daging, hasil tani, tenusu, dan makanan bakar bersama dengan ruangan rak yang dimaksudkan untuk barangan bertin dan berbungkus serta juga untuk pelbagai barangan bukan makanan seperti pembersih rumah, produk farmasi dan bekalan haiwan.
- Mempunyai beberapa rangkaian / cawangan di seluruh negara.
- Mempunyai keluasan di antara 400 hingga 4,500 meter persegi.
- Termasuk pasar raya yang mempunyai rangkaian dan tidak mempunyai rangkaian. Walau bagaimanapun, penganugerahan kepada pasar raya yang mempunyai rangkaian adalah khusus kepada outlet yang memenuhi kelayakan sahaja dan bukan kepada keseluruhan rangkaian.
- Stor besar yang menjual pelbagai jenis kategori barang, termasuklah bahan mentah, barang kering serta pelbagai barangan lain yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- Melaksanakan konsep bayar dan bawa (cash and carry) serta menawarkan kemudahan kredit.
- Mempunyai rangkaian / cawangan di seluruh negara.
- Mempunyai keluasan tidak kurang dari 5,000 meter persegi.
- Mempunyai kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, ruang rehat, restoran dan kemudahan awam lain (termasuk tandas, telefon, mesin ATM serta lanskap).
- Premis yang menjual dan menyediakan pelbagai jenis makanan yang siap dimasak serta minuman kepada pelanggan.
- Kepelbagaian makanan yang dijual terhad berbanding restoran / kedai makan.
- Premis gerai terdiri daripada premis tetap dan bukan premis tetap (contoh: van, kereta tolak dll.).
- Gerai makan yang terdapat di dalam foodcourt juga termasuk di bawah kategori ini.
- Premis yang menjual dan menyediakan pelbagai jenis makanan yang siap dimasak serta minuman kepada pelanggan.
- Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual antaranya makanan barat, makanan laut, masakan kampung dan sebagainya.
- Mempunyai premis yang tetap dan bukan gerai.
- Premis biasanya terdapat di dalam bangunan kedai dan ada juga premis yang berbentuk stand alone.
- Premis yang menjual dan menyediakan pelbagai jenis pakaian kepada pelanggan.
- Terdapat pelbagai jenis pakaian yang dijual antaranya baju, seluar, tudung, kain ela dan sebagainya.
- Mempunyai premis yang tetap.
- Premis biasanya terdapat di dalam bangunan kedai dan ada juga premis yang berbentuk stand alone.
- Premis yang menjual dan menyediakan pelbagai jenis alatulis kepada pelanggan.
- Terdapat pelbagai jenis alatulis yang dijual antaranya perkakasan menulis seperti pen, pensel, pemadam, warna, kertas , buku dan sebagainya.
- Mempunyai premis yang tetap.
- Premis biasanya terdapat di dalam bangunan kedai dan ada juga premis yang berbentuk stand alone.