PROSEDUR PERMOHONAN BAHARU

Permohonan Penandaan Logo Barangan Malaysia hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui portal Kempen Beli Barangan Malaysia (https://buymalaysian.kpdn.gov.my). Langkah-langkah yang perlu diikuti untuk proses pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran pengguna sistem (user registration);
     
  • Pengisian maklumat syarikat/ entiti perniagaan;
     
  • Pengisian maklumat produk dan SKU yang dimohon (langkah ini perlu disertakan dengan gambar produk yang jelas dalam format jpeg atau png dan carta proses pembuatan produk yang jelas);
     
  • Serahan permohonan dalam sistem;
     
  • Pembetulan maklumat oleh pemohon sekiranya berkaitan; dan
     
  • Pemohon hanya perlu memuat naik gambar produk dan artwork pembungkusan yang jelas dalam sistem semasa permohonan; dan
     
  • Lawatan verifikasi ke kilang akan diadakan jika perlu.

PROSEDUR PERMOHONAN PEMBAHARUAN

Bagi kelulusan Penandaan Logo Barangan Malaysia yang akan tamat tempoh, pemohon perlu mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat. Permohonan pembaharuan Penandaan Logo Barangan Malaysia hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui portal Kempen Beli Barangan Malaysia (https://buymalaysian.kpdn.gov.my) berdasarkan langkah-langkah berikut:

  • Pengemaskinian pengisian maklumat produk dan SKU yang dimohon (langkah ini perlu disertakan dengan gambar produk yang jelas dalam format jpeg atau png dan carta proses pembuatan produk yang jelas);
     
  • Serahan permohonan dalam sistem;
     
  • Pemohon hanya perlu memuat naik gambar produk dan artwork pembungkusan yang jelas dalam sistem semasa permohonan; dan
     
  • Pembetulan maklumat oleh pemohon (sekiranya berkaitan).