PENGENALAN 
 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertanggungjawab untuk memproses dan mengeluarkan Sijil Kelulusan Penandaan Logo Barangan Malaysia kepada entiti perniagaan setelah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan.

 

LATAR BELAKANG
 

KPDN telah melaksanakan penarafan barangan keluaran tempatan melalui Penandaan Logo Buatan Malaysia sejak tahun 1997 bagi memberi pengiktirafan kepada pengilang dan pengeluar produk tempatan serta memartabatkan produk/barangan keluaran Malaysia. Melalui inisiatif ini, pengguna dapat mengenalpasti keluaran barangan tempatan dalam melakukan pembelian di samping menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan sekaligus dapat membantu mempromosikan barangan keluaran tempatan untuk tujuan pasaran di dalam dan luar negara serta merancakkan ekonomi dan pembangunan industri tempatan.


KATEGORI LOGO

...

Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti pengilangan/pemprosesan di Malaysia dan mengandungi minimum 40% bahan mentah tempatan.

...

Barangan yang dihasilkan melalui aktiviti pengilangan/pemprosesan di Malaysia serta melibatkan elemen transformasi/perubahan ketara (substansial transformation) pada bahan mentah yang digunakan tanpa mengambil kira peratusan bahan mentah tempatan.



RASIONAL LOGO

Pengiktirafan yang berterusan adalah kunci kepada keupayaan penghasilan barangan yang berdaya saing di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Sebagai negara yang berupaya menghasilkan barangan bermutu tinggi, pengesahan terhadap produk tempatan haruslah diutamakan. Dengan konsep ‘be the best among the best’, logo ini dijangka akan dapat diterima pakai sebagai pemangkin ke arah usaha yang lebih gigih dalam menghasilkan barangan keluaran Malaysia.


REKA BENTUK

Logo yang dihasilkan menitik beratkan usaha dan pengiktirafan yang berterusan yang menjadi sumber inspirasi masyarakat pengeluar barangan keluaran Malaysia melalui industri kecil, sederhana dan juga besar yang dilambangkan dengan tiga jaluran utama.

RUPATAIP

Perkataan PRODUK MALAYSIA, BUATAN MALAYSIA dan REKAAN MALAYSIA dipilih dari jenis Helvetica Regular sebagai menampakkan pendirian dan pengukuhan masyarakat Malaysia dalam merealisasikan MALAYSIA kempen ini secara serius dan juga sebagai tapak permulaan negara ke arah alaf baru.

WARNA

Manakala warna pula memfokuskan kepada warna asas pada imej negara Malaysia. Harmoni, berdaya saing dan berjiwa besar.