PENGENALANAnugerah Kedai Harga Patut (AKHP) telah pertama kali diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 07 Julai 2003. Melalui pengiktirafan ini, Anugerah Kedai Harga Patut diberikan kepada para peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan. DEFINISIKedai Harga Patut ialah premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan. TUJUANAnugerah ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan. OBJEKTIFProgram ini menggariskan beberapa objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:
|