PENGENALAN 

 

  • Mula dilancarkan di negara ini pada tahun 1984 dengan nama Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.
     
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan semula program ini pada tahun 2009 dan dijenamakan semula sebagai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi mempertingkatkan perbelanjaan domestik berikutan krisis kewangan global.
     
  • Pelancaran semula bertujuan untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan para pengguna di negara ini membeli barangan buatan Malaysia.
     
  • KBBM juga merupakan sebuah inisiatif yang akan membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. 
     
  • KBBM perlu dilaksanakan secara komprehensif kerana cabaran globalisasi perniagaan dan ‘country of origin effect’ banyak menyumbang kepada pemilihan dan pembelian barangan import.
     
  • Langkah Kerajaan untuk memperkasa dan melaksanakan KBBM adalah bertepatan dan sangat signifikan bagi mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan (domestic consumption).