Program Padanan Perniagaan mula diperkenalkan pada tahun 2009 yang bertujuan untuk mempertemukan usahawan PMKS tempatan dengan pasar raya tempatan dan asing, para pemborong, peruncit dan peniaga di Malaysia. Konsep pelaksanaan program ini adalah terbuka kepada usahawan PMKS yang mana buyer dari setiap pasar raya akan hadir ke program ini untuk membuat pemilihan dan penilaian produk-produk yang dipamerkan oleh PMKS yang terlibat.