Dengan hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa Pihak Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) KPDN
sedang
menjalankan satu kajian impak berkaitan dengan perkhidmatan Sistem Barangan Malaysia
(SBM). Kajian ini bertujuan
untuk menilai kesan dan manfaat yang dihasilkan oleh Sistem Barangan Malaysia (SBM)
ini terhadap syarikat. Sehubungan itu, kami memohon kepada pihak syarikat supaya mengambil
sedikit
masa
untuk menjawab soal selidik yang disediakan di pautan berikut:
[Pautan Soal Selidik]
Penglibatan pihak syarikat dalam kajian ini sangatlah dihargai dan akan memberikan manfaat yang
lebih baik
dalam meningkatkan mutu perkhidmatan Sistem Barangan Malaysia (SBM) dari semasa ke
semasa.
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan pihak syarikat dalam
menjayakan kajian ini.