PROGRAM FRANCAIS MIKRO DAN MAMPU MILIK

 

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi melaksana dan menjayakan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik. Program ini akan menjadi salah satu program utama dalam usaha menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais.

KPDN sebagai peneraju pembangunan industri francais negara telah mengumumkan pelaksanaan program ini memfokuskan kepada pemberian geran bagi membangunkan lebih banyak pakej francais mampu milik bernilai RM100 ribu ke bawah serta pakej francais mikro bernilai RM50 ribu ke bawah seterusnya meningkatkan bilangan usahawan francais (francaisi) daripada golongan B40 dan M40.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif pelaksanaan program pembangunan ini ialah:

  1. Menyediakan penciptaan pekerjaan kepada golongan M40 dan B40;
  2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan B40 dan M40 menceburi bidang perniagaan francais; dan
  3. Memperkembangkan perniagaan francais kepada golongan sasar khususnya yang terjejas akibat daripada pandemik Covid-19.

 

DEFINISI FRANCAIS MIKRO FRANCAIS MAMPU MILIK

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan manfaat daripada Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik akan memberikan impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di samping membuka peluang penjanaan pendapatan kepada golongan sasar, maka KPDN telah menggariskan definisi serta penawaran pakej perniagaan seperti berikut:

  1. Francais Mikro - penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM 50 ribu ke bawah kepada golongan B40 dan M40 yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.
  2. Francais Mampu Milik - penawaran pakej-pakej perniagaan dengan kos RM100 ribu ke bawah kepada golongan yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri sebagai francaisi.

 

GERAN PENUH (FULL GRANT) – FRANCAISOR

  1. Geran ini ditawarkan kepada francaisor bagi tujuan penyediaan bilangan pakej permulaan perniagaan francais mikro dan francais mampu milik. Pembiayaan geran ini adalah meliputi RM20,000.00 bagi kajian pasaran francais mikro dan francais mampu milik serta jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000.00 bagi membangunkan prototaip pakej.
     
  2. Syarat-syarat permohonan:
    • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Terbuka kepada francaisor yang menjalankan perniagaan francais dan berdaftar dengan KPDN.
    • Terbuka kepada syarikat/ perniagaan yang telah mempunyai pakej mikro dan mampu milik yang berdaya saing serta telah terbukti kejayaannya.
    • Francaisor wajib mempunyai satu (1) francaisi dalam tempoh 1 tahun.
    • Pemohon tidak diisytiharkan sebagai muflis.
    • Mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan yang sah (SSM).
    • Terlibat secara langsung dalam perniagaan francais.
    • Keutamaan kepada syarikat 51% ekuiti rakyat Malaysia.
       
  3. Kuantum Pembiayaan & Tempoh Pelaksanaan Projek:
    • Kuantum maksimum (per pemohon) adalah sebanyak RM 120,000.00.
    • Tempoh maksimum pelaksanaan projek selama 12 bulan.
    • Skop pembiayaan meliputi kajian kebolehlaksanaan dan / atau pelaksanaan prototaip.
       
  4. Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mac 2022
    Klik di sini untuk muat turun borang permohonan 
    (borang BPFJL F3M:01 dilampirkan untuk dimuat turun)
     

GERAN PEMUDAHCARA (MATCHING GRANT) – PROSPEK FRANCAISI

  1. Syarat-syarat permohonan:
    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Terbuka kepada *golongan B40 dan M40 yang berkeluarga atau bujang serta terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara langsung dan sepenuh masa
       

*Golongan B40 dan M40 adalah kumpulan berpendapatan isi rumah berdasarkan definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020.

    • Pengusaha atau peniaga kecil mesti mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
    • Bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 10% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan francais.
    • Keutamaan kepada pemohon yang telah mempunyai surat niat/ tawaran/ persetujuan daripada francaisor bagi pakej mikro/ mampu milik yang dimohon.
       
  1.     Tarikh Tutup Permohonan: 1 Ogos 2021

 BORANG GERAN PEMUDAHCARA PROSPEK FRANCAISI

 

SENARAI JENAMA YANG MENAWARKAN PAKEJ PERNIAGAAN FRANCAIS BERKONSEPKAN MIKRO DAN MAMPU MILIK
 

BIL

JENAMA

SEKTOR

NILAI PAKEJ (RM)

JENIS PAKEJ

i.

ProCleaners

Perkhidmatan dan Penyelenggaraan

25,000

Mikro

ii.

ELV

Pakaian

28,000

Mikro

iii.

Ani Sup Utara

Makanan & minuman

35,000

Mikro

iv.

MD Putu Bambu

Makanan & minuman

50,000

Mikro

v

Taska Bondamama

Pendidikan

50,000

Mikro

vi.

Otai Franchise

Makanan & minuman

50,000

Mikro

vii.

Ayam D’Penyet

Makanan & minuman

68,000

Mampu Milik

viii.

Global Art

Pendidikan

79,840

Mampu Milik

ix.

Arjuna Village

Makanan & minuman

80,000

Mampu Milik

x.

HOME :  Math Therapy Centre

Pendidikan

85,500

Mampu Milik

xi.

Kopiesatu

Makanan & minuman

85,000 & 95,000

Mampu Milik

xii.

V-Agromart

Peruncitan

89,700

Mampu Milik

xiii.

Q-dees

Pendidikan

95,000

Mampu Milik

xiv.

SAHABAT SMI

Lain-lain (Perundingan)

20,300

80,638

Mikro

Mampu Milik

xv.

Liviva

Lain-lain (Perundingan)

40,000

100,000

Mikro

Mampu Milik

xv.

Rockwills

Lain-lain (Perundingan)

Akan dimaklumkan

-

 

PERTANYAAN
 

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung
Aras 1, Blok Menara
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
62333 Putrajaya

Tel: 03-8882 6265/ 6512/ 6377

Faks: 03-8882 5821

Emel: urusetiaf3m@kpdnhep.gov.my